Pages

ASSALAMUALAIKUM


Powered By Blogger

Thursday, 28 June 2012

hukum bermain gitar


last week sy ada terdengar seorang sahabat (A) bertanya kepada seorang lagi sahabat (B)..
Si A: wehh apa hukum main gitar ahh??
Si B: HARAM!!! ( dengan pantasnya )
lantas sy pn menyanpuk: HARAM??? ehh setahu aku x...
SI B: yaaa HARAM hukumnya sbb tali.
sekali lagi sy bingung: tali?? ahhh ??? owhh barulah aku sedar yg sebenarnya Si A nih dah salah faham...sbb bila suruh keluarkan hadis berkaitan tali dia kata "Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah haram"... 

so kali ni sy nk menjelaskanlah dengan lebih lanjut tentang hukum bermain gitar (agak panjang skit)


Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.
Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.
Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.


Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.
Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :
Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.
Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar dan mazamir.
Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.
Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:
  1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
  2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
  3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”
Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:
Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.
Bersesuaian dengan firman Allah,

katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”
(Al-A’raf:32)


Kesimpulan
Segala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.
Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.
Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.
Sekian. 


RUJUKAN:
  1. NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH(CETAKAN PERTAMA:OGOS 2006), DR. YUSUF AL-QARDAWI.

Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.

##pstt# sumber ni dipetik dan diubahsuai dari blog sahabat sy yg dirasakan boleh membantu kita memahami tentang hukum bermain gitar..





"nak main gitar or alat musik lain boleh tp jangan lagha (buang masa) n main ikut panduan yg ditetapkan oleh islam"






Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

Sunday, 20 May 2012

Dad, Let's Accept The Truth.





One day, a rich father took his beloved son to a near by village on a trip.He actually  wanted to show him how poor someone can be.They spent few days on the farm of a poor Muslim family. On the way home, the father asked his son, Dear! Did you see how poor they are? How miserable their life is, can you tell me all that you have learned from this trip?


The son replied,Yes dad! I have learned something what you couldn't teach me for so many years and nor did my teachers at school.Dear dad! We have a pool, but they have rivers, we have lanterns at night, but they have stars.We have costly cars which are fuel  Dependant but they have horses which are free. we have to breath the polluted air but they don't have to.We buy our food, but they grow theirs. We have guards to protect us, but they have friends.We have encyclopedias, but they have one magnificent and glorious book called Qur'an.


Then he added: Thanks  Dad, for showing me how poor really we are. Surely we have big things but not great things. we are rich from outside but miserably poor inside.
Dear Dad! Lets live a life with some standards instead of living a standard life. I see with my heart what I can't with my eyes.Dad let's accept the truth before it's too late.






Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

Wednesday, 9 May 2012

A Worried Woman and her Gynaecologist.



“Love says I sacrifice myself for the good of the other person. Abortion says I sacrifice the other person for the good of myself…” 

A worried woman went to her gynecologist and said: ‘Doctor, I have a serious problem and desperately need your help! My baby is not even 1 year old and I’m pregnant again.

I don’t want kids so close together. So the doctor said: ‘OK and what do you want me to do?’ She said: ‘I want you to end my pregnancy, and I’m counting on your help with this.’ The doctor thought for a little, and after some silence she said to the lady: ‘I think I have a better solution for your problem. It’s less dangerous for you too.’ She smiled, thinking that the doctor was going to accept her request.

Then she continued: ‘You see, in order for you not to have to take care 2 babies at the same time, let’s kill the one in your arms. This way, you could rest some before the other one is born. If we’re going to kill one of them, it doesn’t matter which one it is.

There would be no risk for your body if you chose the one in your arms. The lady was horrified and said: ‘No doctor! How terrible! It’s a crime to kill a child! ‘I agree’, the doctor replied. ‘But you seemed to be OK with it, so I thought maybe that was the best solution.’ The doctor smiled, realizing that she had made her point.

She convinced the mom that there is no difference in killing a child that’s already been born and one that’s still in the womb. The crime is the same!


  If you agree, please SHARE... 

Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

Tuesday, 24 April 2012

Muflis

'Muflis Di Akhirat'



Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” 

Lalu jawab sahabat: 

“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” 

Lantas Baginda s.a.w bersabda: 

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)



Berdasarkan hadith itu, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.



Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah? Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.



Firman Allah bermaksud: 


“Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan memberi peluang tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia).”  
(Surah Yaasin, ayat 65)




Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai. Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran?



Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia. Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya.



Oleh itu marilah kita memohon kemaafan kepada orang yang kita sakiti, aniayai, hina dan pelbagai perbuatan buruk yang telah dilakukan  dengan menghayati satu hadith dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:



Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadith Riwayat Bukhari)




Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

Friday, 20 April 2012

lidah ikan

Kenapa ikan x da lidah?






Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”




Sabda Rasulullah SAW lagi :

“ Tidak masuk syurga orang yang suka membesar -besarkan cerita.” 

Apabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;

 Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya:

 kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW : 

 Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekalian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ( sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada dilautan dan didaratan).
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” 





"kerana pulut santan binasa,kerana mulut (lidah) badan kita binasa...jika membawa fitnah ketika berbicara...kelak diri mu di sumbat ke lubang neraka.".




Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

Thursday, 19 April 2012

Expectation.!






A Man Saw A Little Poor Boy Looking At His Expensive Car..,

He Took The Boy 4 A Drive..

The Boy Said: "Ur Car Is So Marvelous,

It Must Be 2 Expensive.!,
Hw Much It Costs.?"

Man: "I Don't Know, My Brother Has Gifted Me."

Boy: "Wow, So Nice Of Him."
Man: "I Know What You're Thinking, You Also Want To Have A Car Like It."

Boy: No, I Want To Be A Brother Like Him.




“ Think Higher Than People's Expectation ”

“An attitude of positive expectation is the mark of the superior personality.”




Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

my drawing

assalamualaikum...


antara minat ana ialah melukis..tp lukisan x la style mcm org lain..almaklumlah baru belajar..
thanks to my mom,dad, and also my f6 teacher cg Nazri sbb bg tunjuk ajar...


dulu ana ingat ana x da bakat dalam seni..tp bila diasah oleh cg baru ana sedar yg ana ada sedikit menurun bakat ayah n mak ana...alhamdulillah...(cehh bajet mcm elok sgt drawing hehehehe)...so comment la sikit noh drawing ana...



pencil sketch...(real life sketches)




"world war II"





1st latihan melukis





"serabut"




"rope"

"flower"




"takraw"

"anyam"

diatas merupakan antara drawing ana yg x seberapa..

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tlg jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tlg tunjukkan.

Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu