Pages

ASSALAMUALAIKUM


Powered By Blogger

Friday, 17 June 2011

Marah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



arhhhhhh ni semua salah dia la ni!!!alaa budak ni pesal!!ishh nk kena ni!!!!!hei ko buta ka langgar orang eh!!!marah..marah..marah...ini lah yg berlaku dalam kehidupan harian...haihhh penat ana dengar...ana kongsi ni untuk pengetahuan kita semua tentang marah..bkn apa kblakangan ni kerap dgr kwn2 ana asyik marah2 ja....pasal lesen,exam,awek,pakwe,adik,duit,mcm hal la...semua benda nk marah2..so   ana tulis tentang marah ni untuk kebaikan kita semua..



Sifat marah ini datangnya daripada hati kita dan mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang yang sabar dapat menahan kemarahan dia dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya. 


Jangan Marah 
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan, ada seorang lelaki, datang minta nasihat daripada Rasulullah S.A.W., Baginda jawab: 
"Jangan marah.". Lelaki itu ulang balik soalan dia. Rasulullah S.A.W. menjawab: "Jangan marah". Soalan itu diulang beberapa kali, namun Baginda jawab dengan jawapan yang sama. 

Ada disebut dalam riwayat Imam al-Tirmizi, lelaki tersebut berkata: 
"Ya Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak, moga aku senang memahaminya." Lantas Baginda Rasul menjawab: "Jangan Marah".
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah) 
Dari Mu’adz bin Anas r.a., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:


مَنْ كَظَمَ غَيْظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سبحانه و تعالى عَلَى
رُؤُوْسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ مَا شَاءَ
"Barangsiapa yang menahan marah, padahal dia mampu melepaskannya, niscaya Allah akan memanggilnya di atas para pemimpin makhluk pada Hari Kiamat hingga Dia memberikan pilihan bidadari untuknya sesuai kehendaknya." 


Kategori Marah
 
Allah ciptakan kita ini dilengkapi dengan dua unsur:
 
1) 
Jasmani (Pegang kepala, siku, bahu, lutut dan lain2) 
2) 
Rohani (Bateri dalam hati, roh) 

Jadi, tanpa roh, tidak cukup manusia itu. Tanpa bateri, tidak bergerak satu jam itu. Jarum jam (fizikal/jasmani) semua cukup belaka sudah, tapi tanpa bateri tidak gerak jam itu.
 Dari segi roh, hakikatnya, kita redha dengan segala yang berlaku, walaupun kejadian maksiat itu semua ketentuan Allah S.W.T.

Kemudian, dari segi jasmani pula, kita 
berlandaskan syariat. Sampai masa kena marah, kita marah, sampai masa kita berlembut, kita kena berlembut. Marah yang dicela oleh syara' ini adalah marah kerana NAFSU belaka. Tapi kalau marah kerana AGAMA, itu dipuji syara'. 

Contoh:
 
-Marah kerana NAFSU
Marah sebab tak dijemput makan dinner/ Marah sebab ditinggalkan kawan dan sebagainya. Kerana apa? Kerana faedah marah itu tidak ada melainkan untuk diri kita sendiri. 
-Marah kerana AGAMA
; Kita marah orang memperendahkan Rasulullah S.A.W./ Isteri kita diperkosa orang/ Atau kepada orang yang hina agama Islam dan sebagainya. Tapi, tidak dapat dinafikan bahawa sifat marah itu datangnya daripada hati. Semua orang ada sifat marah. Sebab itu, agama diturunkan, dan Rasul diutuskan untuk mengajar supaya kita mengawal marah kita, agar marah itu dapat diterjemahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. 


Orang Gagah Disebut Rasulullah 

Daripada Abu Hurairah r.a.
, bahawa Rasulullah S.A.W.bersabda,
لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.
"Bukanlah orang yang kuat itu adalah orang yang suka bertindak dengan kekerasan, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." 

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,
مَا تَعُدُّوْنَ الصُّرَعَةَ فِيْكُمْ؟ قُلْنَا: الَّذِيْ لاَ تَصْرَعُهُ الرِّجَالُ
. قَالَ: لَيْسَ بِذلِكَ وَلكِنَّهُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ.
''Siapakah di antara kalian yang kalian anggap kuat?' Kami menjawab, 'Orang yang tidak terkalahkan oleh orang lain.' Nabi bersabda, 'Bukan demikian, akan tetapi dia adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah'."  

Cara Menangani Sifat Marah


Sebut ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ dan kemudiannya segera berwuduk.Sekiranya sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika sedang duduk, dia hendaklah berbaring. Kalau takut-takut masih tidak dapat mengawalnya, maka dia perlu beredar daripada tempat atau orang yang timbulkan kemarahan dia tu. 
Daripada Athiyyah bin Urwah as-Sa'di r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,
إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ،
وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ.
''Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air, maka apabila salah seorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwudhu."

Menahan Marah Masuk Syurga Allah


Antara ciri-ciri orang yang masuk ke dlm syurga Allah s.w.t ialah mereka yang menahan kemarahan dan orang-orang seperti ini dipuji oleh Allah s.w.t sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah :



وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"(133)
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ
الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"mereka yang menafkahkan (harta) sama ada pada waktu lapang atau waktu sempit, mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh manusia dan Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan".(134)
(Surah Ali-Imran : ayat 133 & 134)


Wallahu A'lam



renung-renungkan dan slamat beramal..^^




Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

No comments:

Post a Comment