Pages

ASSALAMUALAIKUM


Powered By Blogger

Monday 16 April 2012

BEZANYA PEMIMPIN KITA DENGAN UMAR BIN ABD AZIZ



1. Yunus bin Abi Syabib berkata:
“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.hal Ini demikian kerana, kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus.

Bukannya macam pemimpin kita....jawatan pemimpin menjadi rebutan...kerana dianggap jambatan menuju kemewahan...kononnya “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” betul ka??? Apa yg saya nampak rambut makin tebal...badan makin gempal...baju, kasut, perhiasan pula makin mahal....apaa ini????


2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz : 
“Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).” Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:  


“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 at-Takasur)


Kita lihat pula pemimpin kita....baru jd pemimpin sekejap dahh bina rumah agam berjuta-juta ringgit....  dilaporkan dalam media internet, Rosmah menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam....(bukan PM kita isterinya pula yg berlebih-lebih)...habis duit rakyat dibelanjakan....habis duit kerajaan diselewengkan...inikah pemimpin kita????sedangkan syarat pemimpin dalam islam mestilah adil...amanah....



3. Maslamah bin Malik berkata: 
Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”



Umar hanya mempunyai sehelai baju...tp pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju... Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan...tetapi depa asyik sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan... Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah... Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama... hukum Allah pula kerap diabaikan...maksiat juga semakin berleluasa..makan rasuah perkara biasa...bila pilihanraya barulahh nk berkongsi harta.... na’uzubillah min zalik


4. Amru bin Muhajir telah menyebut:                                        
“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri...seperti sejarah islam STPM yg saya belajar sekarang...ada sebuah kisah ketika anak Umar bin Abdul Aziz masuk ke kamar beliau untuk berbincang sesuatu... Umar bertanya kpd anaknya...”apa yg hendak dbincangkan ini adakah mengenai soal peribadi ataupun negara”???anaknya menjawab: “peribadi”...lantas Umar padamkan pelita dalam kamarnya...anaknya hairan dan bertanya: “kenapa ayahda padamkan pelita itu..”??Umar menjawab: “pelita itu milik kerajaan...malu,dan rasa bersalah jika menggunakan harta milik kerajaan untuk hal2 peribadi”...maka mereka berbincang dalam keadaan gelap..(maaf dan tlg tegur jika trdpat kesilapan)

Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah... Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. ..Namun Rasulullah saw bersabda:


Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)


5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya:      
“Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:


Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”


Umar tidak ada elau makanan dan sebagainya... Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia...Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit... Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun...x salah kalau nk bg alaun sebagai penghargaan tp berpada-pada la...ingat sama rakyat juga loo... perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:


“Setiap ummatk mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi


Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta..hindarilah kami daripada menggunakan sumber yg haram....teguhkanlah iman kami....rahmatilah pemimpin kami...dan berkatilah setiap apa yg kami lakukan di muka bumi ini ya Allah tuhan sekalian alam..ameenn.



Konklusinya:
Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.

Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet.




Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

No comments:

Post a Comment