Pages

ASSALAMUALAIKUM


Powered By Blogger

Wednesday 18 April 2012

MR/MRS MANI,WADI, DAN MAZI

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani..dan Kadang2 manusia ni terlampau malu utk bertanya pasal agama drpd benda2 dunia...x salah kn kalau ana berkongsi??baiklah..




1.Air mani adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak.

2.
Air wadi - warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.

Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.



3.
Air Mazi - Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut, Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.

Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang selalu melakukan seks oral.Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa islam di Malaysia. Di ingatkan sekali lagi,air mazi adalah HARAM utk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi?Korang fikir balik…faham?

bagi yg x berapa mengerti tentang cara2 nk mandi wajib nih ana bg caranya...(ana tahu kdg bukan x tahu cuma x pasti) x pa x salah kalau nk belajar...

mandi wajib mengikut sunnah Rasulullah SAW.





Terlebih dahulu ana berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :


“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : 

“dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib”. (Al-Maidah : 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.


Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.



Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas



نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.



نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.



Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri



نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.



Mandi disebabkan keluarnya darah nifas:



نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.



Kedua :


Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.


Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi



Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan ana, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.



Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.




Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.



Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.




Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.



Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.




Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.




Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.



ana rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan perempuan. Maaf ana menulis artikel ini dengan ringkas dan menggunakan teknik penulisan poin sahaja. Jika ada apa-apa persoalan boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini. Insyaallah ana akan menjawabnya jika masa mengizinkan. Anda juga boleh menyemak di kitab-kitab fiqh, bab bersuci, bahagian mandi.



"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." 
(QS. Al-Baqarah; 222)


##pssttt## kalau ada silap dan salah tlg tegur...teguran yang membina adalah amat diperlukan...terima kasih

Jangan Like Aja Baca Sampai Habis Dulu

No comments:

Post a Comment